RSS
Write some words about you and your blog here

About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia

LINTAS JALAN



Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan

di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja,

tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.

lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

"Fasal apa adik menangis", tanya Radhi.

"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar makdah pesan. kalau nak melintas jalan

tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta

pon yang lalu. Motor buruk ada laa..".

Mendengar penjelasan budak tadi,

radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue

RENUNGAN..

pertamanya..kita sebagai anak perlulah SENTIASA MENGHORMATI IBUBAPA kita..
SENTIASALAH MENURUT SEGALA SURUHAN DIA KERANA PERKARA ITU TERBAIK UNTUK KITA TERUAMANYA PESANAN IBU KITA....INGATTTTTLAAAHHHH...
REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBU BAPA..
aminn...
-shafiqcool-

SELAMAT BERCUTI BERSAMA KTMB...HEHE



Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Hehe

RENUNGAN..
BERHATI-HATI PULANG KE KAMPUNG HALAMAN YE...HEHEHE
SAMPAIKAN SALAM SAYA KEPADA SEMUA...
INGAT GUNAKAN KEBIJAKSANAAN DI JALAN YANG BETUL DAN MEMBANTU ORANG LAIN.... LIHAT DAN BELAJAR....HEHEHE..
-shafiqcool-

SUMBANGAN????


Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin. En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok... ? Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini. En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya? Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau plak.. En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan? Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf. (sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah) En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan? Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf). En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok. 

PENGAJARAN..

hehehehe...mula2 nk gelak dulu...hmm ok...kita sebagai manusia ni kena selalu sedar bahawa harta yang kita ada sekarang nie sumenya datang daripada ALLAH...hak ALLAH...jadi kita xptut kedekut sgt sampai cmnie skali...hehehehe..kalau kita sentiasa beri sumbangan beri bantuan ALLAH dah janji tambahkan lagi rezeki kita yang pemting IKHLAS KERANA ALLAH...
PELABURAN YANG PALING BAIK DAN TIDAK AKAN RUGI MALAH UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA ADALAH MENDERMA DIJALAN ALLAH DENGAN IKHLAS...BUKAN PELABURAN YANG LAIN2...HEHEHEHE
-SHAFIQCOOL-

PAK PANDIR BARAH OTAK???



Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor:Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti
beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya b***h sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir:Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan
saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa
saya sebenarnya mempunyai otak.

PENGAJARAN

kita selalu ditimpa pelbagai masalah dalam kehidupan ni kan...hehehehe...tp kita selalu NEGATIF dengan diri kita,,,tp kita kena ingat setiap ujian dan dugaan ada hikmahnya...jd POSITIFLAH...
lagi satu,kita kena lah sentiasa bersyukur kepada ALLAH walau mcm mana senang atau susahnya kita....dengan 2 ubat iaitu syukur dan sabar kita akan sentiasa tenang dan gembira cm pak pandir..eh xde la..grau jer...kita akan berjaya dalam menghadapi cabaran dan dugaan...semoga kita sentiasa BERSYUKUR BERSABAR DAN POOOOSIIIITIFFFFF....hehehehe...
(sowi klu cter x berkaitan tp yg penting pengajaran)....heheheeh
-SHAFIQCOOL-

CUCUR

Pd suatu hari,seorang mamat pegi membeli cucur. Sampai disana,dgn
 
perasaan tak malu mamat tu merasa cucur udang yg berada di depannya.
 
Tiba-tiba,mamat tu memarahi mak cik yg menjual cucur tu"Mak Cik,kenape
 
tak de udang dlm cucur udang ni".Dgn selambernya mak cik tu memarahi
 
mamat tu balik"ko ade nampak badak ke dlm cucur badak".Mamat tu terus
 
blah selepas membayar cucur yg dimakannya tadi dgn perasaan malu yg
 
tidak terkira.
PENGAJARAN

orang yang  banyak bercakap tidak semestinya bijak...hehehehe..orang yang bijak bila bercakap orang lain diam terkedu...hehehehe...nk jd orang yang bijak perlu berusaha dan menguasai segala situasi...hehehehe...tp perlu ingat gunakanlah KEBIJAKSANAAN untuk membantu manusia bukan SEBALIKNYA...kerana ORANG YANG BIJAK TIDAK SEMUANYA BAIK..heheheeh
-SHAFIQCOOL-

PUKUL BERAPA BUKA?????

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung
talian bertanya.

"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".

"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU KELUAR!"

 PENGAJARAN
marilah kita didik diri kita baca buku sama-sama ek...hehehehe....jgn terlalu asyik baca FACEBOOK  ..BOOK2 yg lain kita lupa..hehehhehe...mari kita same2 g library tuk baca buku yg banyak disitu...tp jgn sampai tetido kt situ dah la...hehehhe
SELAMAT MEMBACA BUKAN SELAMAT BERBORAK ATAU TIDUR..heheheeheh
-SHAFIQCOOL-

Tepung Naik Sendiri



Pada suatu hari yang tak berapa nak indah, Mak Esah menyuruh anaknya Ali ke kedai.


Mak Esah : Ali, ngko tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai depan nu.


Setelah hampir sepuluh minit menunggu anaknya di dapur, Mak Esah menjengok ke ruang tamu.


Mak Esah : Laa….. dah lama ke engko balik? Manenye tepung yang mak mintak ngko beli.


Ali : Dah lama saya balik, mak je yang tak perasaan. Tepung tu ada kat tangga nu…… pandai-pandai la tepung tu naik sendiri.


Mak Esah : ?! Nape la bengap sangat anak aku ni ?!


PENGAJARAN


komunikasi amatlah penting dalam kehidupan,,,,penggunaan bahasa dan frasa yang betul amat lah penting dalam komunikasi terutama dengan kanak-kanak yang sedang membesar...hehehehe


selain itu,melabel dengan perkataan TIDAK SENONOH juga salah satu KESALAHAN komunikasi...hehehehe...jadi ibubapa jgn lah sebut perkataan yang TIDAK SENONOH kepada anak2 sebab ia juga merupakan doa kan?,.....jwb sendiri..HEHE..


KOMUNIKASI YANG PALING BAIK IALAH KITA SENTIASA BERCAKAP DENGAN SESEORANG SEOLAH-OLAH KITA MENDOAKAN KEBAHAGIAN MEREKA..MULAKAN DEGAN ASSAMUALAIKUM DAN AKHIRI DENGAN ASSALUALAIKUM..HEHEHE

-SHAFIQCOOL-