RSS
Write some words about you and your blog here

About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia

SUMBANGAN????


Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin. En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok... ? Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini. En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya? Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu... saya tak tau plak.. En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan? Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf. (sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah) En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan? Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf). En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok. 

PENGAJARAN..

hehehehe...mula2 nk gelak dulu...hmm ok...kita sebagai manusia ni kena selalu sedar bahawa harta yang kita ada sekarang nie sumenya datang daripada ALLAH...hak ALLAH...jadi kita xptut kedekut sgt sampai cmnie skali...hehehehe..kalau kita sentiasa beri sumbangan beri bantuan ALLAH dah janji tambahkan lagi rezeki kita yang pemting IKHLAS KERANA ALLAH...
PELABURAN YANG PALING BAIK DAN TIDAK AKAN RUGI MALAH UNTUNG BERLIPAT KALI GANDA ADALAH MENDERMA DIJALAN ALLAH DENGAN IKHLAS...BUKAN PELABURAN YANG LAIN2...HEHEHEHE
-SHAFIQCOOL-

0 comments:

Post a Comment